Xsngka Adi ditangkap basah oleh bapanya, betul kata2 mak. Mlm tu Adi call aku nangis2 cerita yg sebenar.

Foto sekadar hiasan :

Alkisahnya mak aku ni memang nak sangat aku jadi seorang cikgu. Puncanya sebab kerjaya cikgu ialah cita-cita mak aku tapi terpaksa dilupakan.

Yelah masa tu tahun 80an hidup agak susah, adik beradik mak aku 10 orang. Mak aku anak sulung. Arwah atok dan nenek kerja di ladang sawit (Felda) untuk sara keluarga.

Balik sekolah, mak dan makngah aku terus uruskan adik-adik dan hal rumah. Mak aku ni pelajar terbaik sekolah untuk SPM.

Mak nak sangat sambung belajar dan jadi cikgu. Apakan daya, hasrat mak ditentang oleh arwah atok. Diminta mak cuma duduk di rumah jaga adik-adik. Mak nak cari kerja kat bandar pun tak boleh. Jadi duduklah mak di rumah.

Umur mak 20 tahun, ayah masuk meminang mak. Dipendekkan cerita, mak dan ayah kahwin. Lepas kahwin, ayah bawa mak ke Shah Alam.

Itulah kali pertama mak keluar jauh dari kampung dan mulakan hidup baru.

Mak dan ayah dikurniakan 4 orang anak. Aku anak sulung dan sorang saja perempuan. 3 orang bawah aku lelaki. Daripada kecil, mak selalu cakap kat aku – kakak jadi cikgu ye nanti, mak suka sangat kalau kakak jadi cikgu.

Hasil brainwash mak aku tu, maka cita-cita aku pun memang jadi cikgu jela bila ditanya. Haha.

Habis SPM, aku apply maktab perguruan. Tapi takde rezeki, interview pun tak dapat. Aku masuk matrik. Habis matrik, apply kos pendidikan pun tak dapat jugak.

Taktau mana silapnya sedang kan pointer aku cukup layak. Aku pun sambung degree ambil kos biasa. Mak aku kecewa tapi aku cakap nak buat macam mana mak, kakak dah cuba.

Habis degree 2014, aku dapat kerja yang sesuai dengan bidang aku. Mak aku tanya lagi, kakak tak nak apply KPLI ke? Ok la aku buka website apa yang patut cari pasal KPLI.

Lepastu aku baca yang tawaran KPLI dihentikan dahulu (sebab apa aku tak ingat dah-tapi memang takde pengambilan KPLI masa tu). Mak aku diam saja bila aku cakap KPLI dah takde mak.

Dalam masa sama, aku rapat dengan seorang lelaki ni (Adi bukan nama sebenar). Kami satu sekolah menengah tapi tak rapat pun. Kami jadi rapat lepas aku tengok dia post pasal dia bukak bengkel kereta.

Kebetulan masa aku nak balik kerja, aku perasan tayar aku pancit. Masa tu dah 6.30pm sebab aku OT.

Ayah aku pulak outstation masa tu, adik lelaki pulak kat tempat study dia kat selatan tu haa. Terus aku teringat kat Adi ni. Aku call la tanya boleh tolong tak sebab kawasan kerja aku ni ke dalam sikit, bas tak lalu. Nak naik grab aku tak biasa. Bateri handphone pulak dah ciput saja masa tu.

Tak lama lepastu Adi datang tolong tukar tayar apa semua. Aku takde cash masa tu so aku cakap boleh tak aku transfer saja. Dia cakap ok saja. Adi pesan nanti wasap dia, minta no akaun takut dia lupa bagi. Sebelum tidur, aku wasap la dia sebab nak setel payment.

Sekali dia cakap takyah bayar, dia ikhlas. Bermula la sesi aku duk push dia suruh bagi no acc sebab tak sedap la kan tak bayar hasil kerja orang.

Bermula kat sini la, kami jadi rapat. Adi pun rajin la tanya aku buat apa, dah makan ke. Yang aku suka pasal Adi sebab dia cuma wasap aku waktu malam saja.

Aku ni jenis rimas kalau asyik nak call, wasap saja memanjang. Tanpa sedar, kami jadi selesa satu sama lain. Ada la beberapa kali keluar makan sama. Kami tak pernah declare tapi masing-masing faham.

Hampir setahun kami teman tapi mesra. Kawan-kawan sekolah pun ramai dah gosip pasal kami. Jarak rumah aku dengan Adi ni tak lah jauh sangat, kawan-kawan sekolah pun ramai duduk tempat sama.

Jadi apa-apa cerita memang cepat la tersebar. Aku tak menafikan dan mengiyakan. Aku pun ada juga rasa takut kalau Adi cakap kat orang lain yang kami kawan saja, malu la aku nanti.

Masa hari raya 2015, Adi cakap nak beraya rumah aku dengan kawan sekolah kami. Aku pun bagitahu kat mak pasal Adi. Lepas Adi balik, mak cakap yang mak tak berapa berkenan dengan Adi. Aku tanya kenapa mak?

Mak cuma cakap yang pada pandangan dia, Adi bukan lelaki baik. Terdiam aku dengar ayat mak. Pada aku, Adi dah cukup baik. Dia rajin, tak pernah cakap tak elok dengan aku, jenis kelakar dan easy going person.

Aku tak cakap pun pasal pandangan mak aku tu kat Adi. Cerita tu habis di situ saja. Aku masih lagi rapat dengan Adi. Sampai la satu hari tu,

Adi tak contact aku. Aku positif jela dia sibuk sangat kot. Tapi masuk 2 hari dia tak contact aku, aku jadi pelik. Aku wasap, call takde respon.

Tiba-tiba, aku dapat wasap dari kawan aku. Dia tanya, dah tau tak kes pasal Adi? Aku terkejut la kes apa pulak dah. Dia balas – Adi kena tangkap basah!

Teruk Adi kena tumbuk dengan ayah dia sampai polis datang. Nak pengsan aku baca wasap tu! Terduduk aku, terus aku nangis. Nasib esoknya aku cuti, jadi aku nangis puas-puas sebab aku kecewa sangat dengan Adi.

Seminggu lepas kejadian tu, Adi tiba-tiba wasap aku. Dia cakap mesti aku dah dengar pasal dia kan. Aku tak reply apa-apa. Adi minta maaf, dia cakap mesti aku sedih sangat kan. Aku tak reply lagi. Adi call aku pulak. Aku angkat tapi aku diam. Aku dengar Adi nangis sambil panggil aku.

Aku terus cakap, kenapa buat macam ni? Malam tu Adi confess kat aku, perempuan tu bukan girlfriend dia tapi dia langgan perempuan tu.

Ya Allah menggigil aku dengar! Adi mengaku, dia dah beberapa kali langgan perempuan guna wasap. Dia masuk mana-mana group yang tawarkan khidmat tu, lepastu boleh pick up perempuan tu dan hantar balik.

Adi cerita dia buat benda maksiat tu masa parents dia balik kampung. Dia dah beberapa kali buat dan tak kantoi.

Tapi nak dijadikan cerita, kali ni dia kantoi sebab parents dia patah balik semula nak ambil barang. Ayah dia sendiri tangkap dia dalam rumah sendiri. Tu yang ayah dia mengamuk sangat tu.

Adi cakap dia faham kalau aku marah dia dan tak nak contact dah. Aku cuma cakap kita kawan biasa saja lepasni dan terus letak call. Aku nangis teruk malam tu sebab frust sangat. Tak sangka Adi sanggup buat benda macam tu. Kami pun buat haluan masing-masing lepas kes tu.

Aku teruskan hidup dan cuba move on. Aku sibukkan diri, aku buat part time supaya aku dapat lupa apa yang jadi. Aku heartbroken sangat masa ni sampai office mates pun perasan.

Masa berlalu, masuk 2018. Ramai kawan-kawan yang kahwin, dah ada anak. Aku masih lagi sendiri. Tak berani rapat dengan mana-mana lelaki takut kecewa lagi.

Ok masuk part macam mana aku jumpa suami aku. Alkisahnya, aku tertinggal dompet aku kat kedai makan. Memang aku cuai masa ni sebab duk fikirkan dateline, fikiran melayang. Aku datang balik ke kedai tu, pekerja cakap tak tahu. Cctv pun takde. Serabut sangat masa tu rasanya.

Aku doa pada Allah, moga orang yang ambil dompet aku tu dilembutkan hati untuk pulangkan pada aku. Aku memang tulis nama, no telefon aku, no telefon parents aku dalam satu kertas kecik. Kertas tu aku lipat dan letak dalam dompet.

Beberapa jam lepastu, aku dapat call dari nombor tak dikenali. Aku angkat, suara lelaki. Dia cakap dia jumpa dompet aku atas meja makan.

Aku pun set la dengan dia nak jumpa kat mana. Aku cakap kita jumpa kat restoran fast food. Aku takut juga masa ni, yela kan risau sebab tak kenal.

Tepat masa dijanjikan, aku pun tunggu la dia dalam 5minit. Orangnya nampak baik, dia datang naik motor masa tu. Aku nak belanja dia makan masa tu, sebagai tanda terima kasih tapi dia menolak. Dia cakap dia nak cepat dan sempat dia pesan jangan cuai lagi.

Dalam 2,3 hari lepas kes dompet tu. Tiba-tiba dia wasap aku. Tanya tahu tak mana kedai nak repair laptop yang dipercayai. Alasan dia, dia baru sampai Shah Alam. Tak reti lagi area sini. Aku macam ehh, kenapa macam tetiba saja.. Haha.

Tapi sebab dia pulangkan dompet aku, aku tolong la dia. Kebetulan adik aku boleh la jugak repair laptop, so aku cakap hantar laptop tu kat aku nanti adik aku tengokkan. Aku jumpa dia kat restoran sama, ambil laptop dia lepastu balik. Lupa pulak nama dia Ayie (bukan nama sebenar).

Aku bagi no telefon adik aku kat Ayie, minta deal terus kalau ada apa-apa. Lepas selesai kes laptop, dia terus jugak contact aku tanya macam-macam.

Tetiba saja aku berkawan dengan Ayie tanpa disangka. Aku cuma tau pasal dia sikit saja. Ayie datang dari pantai timur, kerja delivery barang office, dia sebaya aku.

Dipendekkan cerita, setahun lebih kami berkawan biasa sampailah Ayie tanya boleh ke dia nak jumpa parents aku. Aku tanya untuk apa?

Ayie jawab dia suka kat aku. Dia cakap dia tak nak buang masa, takut aku terlepas. Haha.

Masa ni la Ayie terus terang, dia sebenarnya cikgu sekolah rendah! Terkejut aku masa tau hal ni sebab Ayie takde ciri kerja cikgu pun. Haha.

Patutlah dia selalu ajak aku pergi kedai alat tulis. Konon dia delivery barang ofis tapi rupanya untuk anak murid dia.

Balik rumah, aku bagitahu kat parents aku pasal Ayie. Yang paling seronok tentulah mak sebab nak sangat menantu cikgu. Lepas majlis tunang kami, mak cerita pada aku yang mak selalu doa – kalau anak mak tak dapat jadi cikgu, dapat menantu cikgu pun jadilah.

Kami nikah pada Januari 2020 dan Alhamdulillah setahun kahwin, kami dikurniakan seorang anak. Tiap kali tengok dompet aku, tiap kali tu la kami akan imbas balik kisah kami berjumpa asbab aku tertinggal dompet. Hehe.

Tapi lepasni kalau suami aku terjumpa dompet lagi, biar aku pulak yang pulangkan pada tuan dia. Haha. Ok terima kasih sebab baca kisah aku.

– Yananie (Bukan nama sebenar)

Netizen 1 : Selalu nya naluri seorg ibu tak pernah salah…sm mcm kes saya gak, pernah bkawan dgn someone Dan mak cakap dia tak bkenan…tp, bila kenalkan dgn suami yg juga cikgu, mak diam.. Tanda setuju la kot.. & jodoh kami kekal hingga skrg dh almost 16 thn dgn 3org ank semua hero..saya pun byk kali apply jadi cikgu (pernah jadi guru sandaran & ganti) tp xda rezki tp jodoh dgn cikgu…Alhamdulillah…

Netizen 2 : Comelnya kisah TT..semoga kekal bahagia ke anak cucu..ayah saya dulupun beriya2 suruh saya jadi cikgu..sebab katanya perempuan mmg sesuai keje jadi cikgu sebab keje sepatuh hari dan banyak cuti (itu kefahaman ayah sayalah kan)..lepas SPM saya apply Maktab & UPU..dapat offer maktab dan lepas seminggu dapat offer matriks..saya pilih matriks..ayah saya agak kecewa gak..lepas abis degree ayah saya suruh saya apply KPLI..saya sebenarnya mmg xminat nak jadi cikgu..tapi sekadar nak lengkapkan hajat ayah..saya amik je ujian KPLI tu..dan gagal..sampai kesudah memang saya takdelah jadi cikgu . tapi akhirnya saya terkahwin juga dengan cikgu sekolah

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.