Xsngka dlm diam mak ayah punca 3 org kakak aku brcerai. Ptt lah dduk rumah kakak lama sminggu lebih. Jd aku takut nak kahwin.

**gambar sekadar hiasan

Aku 38 tahun. Aku anak bongsu dari 5 beradik. Aku ngeri untuk berkahwin melihatkan sikap kedua ibubapaku. Kedua ibubapaku Ketua Jabatan kerajaan.

Kaklong ku bercerai… salah satu sebabnya kerana kedua ibubapaku. Kak Ngah ku pun hampir bercerai kerana kedua ibubapaku.

Abang Cik larikan diri terus ke Kuwait kerja carigali minyak di sana. Bawa anak isteri. Dan tahun lepas rumahtangga Kak Uda pun berantakan disebabkan abahmak.

Kenapa ya kadang-kala ibubapa lupa yang anak mereka sudah berkahwin dan ada kehidupan sendiri. Kenapa ada ibubapa selalu mahu mencampuri urusan anak2 mereka selepas berkahwin.

Aku kasihan melihat situasi KakLong, Kak Ngah, Abang Cik dan Kak Uda. Dari situ aku membuat keputusan yang aku tak akan berkahwin.

Nanti aku pula yang makan hati.

Aku amat sayang kedua ibubapaku. Mereka sangat sayangkan anak-anak mereka. Tapi Abah selalu lupa anak perempuan dia sudah bersuami.

Abah suka hati sahaja pergi terjah ke rumah anak2 mereka tanpa beritahu awal-awal. Katanya alah rumah anak sendiri apa pasal nak kena bagitau pulak?

Mak pun sama, langsung tak reti nak hormat rumah anak menantu. Aku yang malu kadang tu. Abahmak selalu aje minum makan tak basuh pinggan mangkuk tinggalkan aje. Kalau singgah sekejap takpe.

Ini diaorang kan pencen, diaorang round semua rumah anak menantu 1-2 minggu sekali duduk.

Aku tak kisah lah kalau aku ada selalu dengan diaorang memang aku basuhkan. Mak pulak pantang kakak-kakak aku ada beli peranot baru atau benda baru untuk rumah mereka, Mak akan mintak Mak nak jugak.

AbangCik aku yang dah faham sangat perangai AbahMak, lepas kahwin tinggal 1 tahun saja kat KL lepas tu terus angkut isteri dia ke Kuwait.

AbahMak memang paksa AbangCik tinggal dengan mereka, lepas kahwin pun kadang tu Mak selalu saja pegi ketuk pintu bilik KakCik setiap kali AbangCik baru balik dari off-shore.

Suami dah 2-3 minggu tak jumpa isteri, lagi pulak baru kahwin. Aku tau KakCik banyak kali menangis. Tak faham lah Mak bila AbangCik balik macam dia berebutkan AbangCik tu pulak daripada isteri dia.

Tapi sekarang dah selamat dah mereka berdua (dah dapat anak perempuan umur 5 tahun) di sana Kuwait sana.

Abang Cik dulu masa dia tengok KakLong KakNgah banyak berkorban untuk AbahMak, sampai terpaksa membelakangkan suami dalam banyak hal.

Abang Cik pernah kata kat aku, dia wajib cari jalan untuk keluar dari rumah AbahMak bawak KakCik. Sebab AbahMak sangat – sangat needy dan clingy dengan AbangCik pun naik rimas.

Dia kasihankan isteri dia. Bagus AbangCik aku dia protect isteri dia. Paling aku tak boleh terima Mak masuk bilik AbangCik KakCik kemaskan bilik diaorang mengikut citarasa Mak.

KakCik letak bunga kat katil, Mak alihkan bunga kat meja. Atau KakCik pasang cadar pink, Mak suruh tukar pakai cadar yang Mak belikan, atau yang Mak preferred.

KakLong aku paling kasihan, sebab suaminya kerja biasa2 sahaja. AbahMak pergi rumah KakLong pun sama, buat macam rumah sendiri.

Kalau aku pesan, AbahMak jaga lah perangai tu kesian KakLong, Mak selalu cakap alah rumah tu KakLong yang bayar, bukan suami dia.

Kereta tu pun KakLong yang bayar bukan suami dia. Anak Mak gaji besor, suami dia yang tak mampu. Suami dia menumpang anak Mak saja. Sedih aku dengar.

AbangLong suami KakLong aku sebaik manusia aku tengok dia jaga family dia. Berkat tekun sabar AbangLong KakLong aku anak2 semua berjaya.

Mereka masih kawan baik walaupun bercerai. AbangLong aku orang Perlis, takde mak ayah dah. Lagi lah AbahMak senang nak dictate AbangLong KakLong dari dulu. Bercerai tu pun sebab AbahMak lah jugak.

Malas nak cerita kat sini. Aku tengok menantu2 AbahMak masih hormat AbahMak tapi AbahMak tak hormat langsung privacy anak-anak dia. Aku kecewa. Lagi lah aku takut nak kahwin.

Dengan KakNgah pun sama, Kak Ngah selalu nangis kata dia nak cerai aje nak macam Kak Long saja lah senang. Kaklong aku lepas cerai tak pernah nak kawin lagi selagi AbahMak hidup katanya, nanti jadi anak derhaka pula.

Kak Uda pun dah stress sangat, hari tu AbahMak decidekan aku kena pindah duduk dengan Kak Uda, senang sebab dua2 duduk area sama.

AbahMak langsung takde tanya dulu ke Kak Uda dengan suami dia atau tanya aku dulu. Abah terus aje call Kak Uda bagitahu nanti Ucu pindah rumah Uda bulan depan.

Yang aku pulak, tiba aje Abah call suruh angkut semua beg baju dan barang-barang ke rumah Uda. Aku letih, aku taknak. Tapi Abah berkeras. Aku tahan aje. Kak Uda dah berapa kali bergaduh dengan suami disebabkan AbahMak.

Pertama , AbahMak selalu dictate mana nak pergi holiday, perabot rumah nak beli pun AbahMak yang sibuk masa diaorang masuk rumah baru.

AbahMak aku ni kalau dia nak anak2 balik me rumah diaorang, memang tak boleh bawak bincang, tak kira, akan call suruh balik.

Bila kata tak boleh, diaorang akan call menantu2 pulak kata AbahMak nak korang balik pada sekian-sekian haribulan. Abah nak menantu abah balik, jangan kata tak boleh lah Abah nak jumpa anak abah ngan cucu-cucu Abah.

Aku pernah dengar AbahMak kata, ya anak perempuan ada suami, tapi jangan lupa dan taat ibubapa. Suami tu orang luar, AbahMak ni yang besarkan kau dari merah sampai boleh kahwin ni. Taat pada suami sampai tak ingat AbahMak pun berdosa.

Abang Cik kalau balik bercuti ke Malaysia, takde harapan lah nak pergi tempat lain dulu, wajib duduk rumah AbahMak dulu 1-2 minggu.

Abang Cik nak bercuti pun AbahMak wajib nak ikut. Kak Cik isteri AbangCik aku tu makan hati selalu tak payah cerita.

Aku pernah tengok Abah pakai ambik saja kunci kereta anak2 dia yang dia rasa berkenan nak bawak. Langsung takde hormat kat menantu2 dia.

Yang Mak pulak, apa saja barang kemas yang KakCik ada , Mak nak jugak. So AbangCik akan beli dua terus. Sbb nanti kalau Mak tengok yang baru Kak Cik pakai, nanti Mak merajuk ngan AbangCik.

Aku pernah bagitau KakCik, dah beli simpan jangan pakai kat rumah AbahMak. KakCik aku orang Shah Alam, memang takde harapan nak balik tidur kat rumah makayah dia sangat sebab AbahMak nanti telefon besan dia suruh KakCik balik Mak dah masak la itu ini.

Aku naik serabut tengok. Ada pernah Abang Cik balik ke Shah Alam dulu beberapa hari, baru balik ke KL, Abah Mak merajuk kata AbangCik anak derhaka bagai. Anak lelaki kena utamakan ibubapa…. Bla… bla…

Itu tak masuk bab cucu-cucu lagi. Lagi kena ‘dictate’ dengan AtukNenek (AbahMak), walaupun AbahMak mmg pemurah. Semua yang KakLong, KakNgah, KakCik, KakUda ajar anak2 tak betul. Kena ikut cara AbahMak.

Aduh letih aku tengokkan. Anak saudara aku yang sulung pilot, sebabkan c0vid penerbangan amat kurang, so AbahMak suruh duduk dengan mereka walaupun KakLong aku kurang setuju.

Itu pun AbahMak dah siap2 kata diaorang akan carikan menantu untuk KakLong. Aku tengok KakLong aku tu kali ni lain macam.

Dah lama tak balik umah AbahMak. Dia macam jauh hati. Aku faham kenapa. Sampaikan anak dia pun AbahMak nak control. Anak KakNgah yang sulung tu awal-awal dah bagitahu AtukNenek dia yang dia dah ada calon isteri AtukNenek tak payah carikan.

Itu pun AbahMak aku kata kalau AtukNenek tak suka tak boleh. Ntah apa-apa. Makin merepek AbahMak aku ni aku tengok. Lagi tua lagi makin menjadi perangai pelik dia dua orang tu. Aku sabar saja.

Aku single, dan akan single selamanya walaupun ada yang nak masuk meminang. Sebab awal-awal AbahMak dah tetapkan nanti kalau aku kahwin, wajib tinggal dengan mereka.

Tak sanggup nak hadap nanti bakal suami makan hati. Aku rasa aku pun akan makan hati nanti.

Rumah banglo besar ni tinggal AbahMak berdua saja nanti semua anak-anak tinggal di tempat lain. Tiada siapa pun yang faham dan akan boleh tahan dengan keluarga aku ni.

Aku tak boleh tahan dah terpaksa luah kat sini.

– Nora (Bukan nama sebenar)

Anata komen netizen :

Norlaili Osman : Teringat ceramah ustadz abd muein abd rahman pasal surah mutaffifiin, celakalah org yg mengurangkan hak org lain tetapi haknya sentiasa mahu cukup,ini termasuklah ibu bapa yg mahu anak hormat kpd ibu bapa,tetapi hak anak tidak dipenuhi begitu juga sebaliknya.

Sama dgn suami isteri,cikgu n anak murid,boss dgn pekerja….saya Sgt simpati kerana bila direnungi apabila ada Anak yg rumahtangga berantakan,ada yg trauma utk berkahwin demi IBU bapa kununya patuh tetapi disisi Tuhan ibubapa begini mendapat celaka dari Tuhan,celah mana patuh jika pengakhir mengundang murka Tuhan.

Wahai confessor, jgn begitu.jelas lagi bersuluh ibubapa anda sedang menzalimi Anak anak ,jika benar kalian sayang,cari jln agar sikap zalim itu dapat dapat diatasi,ajak lah ibubapa tu pi kuliah tadabur quran ustadz muein tu,jgn kalian bersikap lemah demi sebuah tiket anak patuh yg palsu,guna akal cari jln jadi lah anak bijak agar tidak rugi dunia akhirat.anak bukan Hak mutlak ibubapa,anak amanah semata.kita semua Hak mutlak Tuhan

Shahirah Mohd : Yang sebenarnya, mungkin parents Nora terbawa² dengan character sebagai Ketua Jabatan tu..masa bekerja dulu, segala arahan atau kerenah pun pekerja semua ikut..dia jela betul, dia jela bagus, cakap dia jela kena dengar..

Tanpa sedar, character bossy tu terbawa² sampai ke pencen dan menyusahkan semua pihak..to make it worse, dua² perangai sama..none of them boleh seimbangkan sikap buruk salah seorang..habis anak² terpaksa tanggung..

Sabarlah Nora..dah umur gitu biasanya takleh ubah dah..memang tunggu kubur panggil je..

Aslina Majib : Cari calon suami oversea sis. Jadi mcm abangcik. Balik cuti, takyah la inform… Balik je. Pastu spend time ala kadar, pastu dah cukup.

Kesian kak long, kak ngah dgn kak uda… Harap dorang tabah laa… Kalau boleh pindah je jauh2 sikit yg abahmak susah sikit nak melawat style terjah2.

Sumber : iium confessio

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *